Saturday 22 October 2011

Tindakan kurang manis.

Ye. Sekali lagi aku yang terkena oleh anasir-anasir jahat di luar sana. Sering aku terfikir apa salah aku, kenapa aku yang terkena dengan benda yang sangat kurang manis seperti itu lagi, dan kenapa mereka yang jahat ni pilih aku sebagai mangsa mereka. Kekadang aku termenung jauh sampai pening kepala apa yang aku harus lakukan di kemudian hari, kalau orang jahat ni jumpa aku dan terus serang aku macam mana, siapa yang nak tolong aku dan siapa yang nak bela aku. Manusia zaman sekarang macam perangai binatangnya. 

Aku serik memang serik selepas apa yang terjadi aku akan lebih sangat berhati-hati untuk approve orang di FB. Ye ! mesti sangat berhati-hati. Aku terkejut memang sangat-sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Aku buntu dan terus capai telefon call sang buah hati mengadu. Aku benci dengan apa yang terjadi kenapa mereka sekali lagi pilih aku dan seterusnya aku. Banyak kali beristifar dan terus berselawat supaya benda macam ni tak terjadi lagi.

Aku terus buat apa yang sang buah hati cakap terus block si manusia hati binatang tu pergi jauh dari pandangan aku. Sekali lagi aku sedih dan jantung berdegup lajunya dengan segala perbuatan manusia sekeji itu. Ha ! siapa lagi nak jadikan aku mangsa sila kan aku block je terus senang tak payah sampai naik mahkamah.

Pesanan keras untuk si gadis di luar sana jangan dan sekali lagi jangan sesuka hati approve orang yang tak kenal dia boleh post gambar yang sangat kurang manis ye. 

Apa ! ingat aku nie seksi sangat ke sampai kau nak buat sesuka hati kau je kan !. Sila cantik kan perangai anda tu ye.



Sang buah hati sedia mendengar segala kesedihan.



With love, Yana Dayana.



No comments: