Tuesday, 1 November 2011

Gadis cuba yang terbaik.

Baru dapat call dari dia.
Dia bagi amaran lagi tahu ' Dia cakap kan tulis blog baik-baik je tau, jangan sedih-sedih '.
Nak tulis pasal apa ? Tulis la tentang aku lagi mesti seronok aku baca.
Jenuh lah semua nak pasal kau, blog nie memang blog kau kan. hehe.

Kau marah aku bila aku lari-lari teruja nak shopping, 
Kau juga marah aku bila aku tak dengar cakap kau,
Kau marah aku bila aku suka cakap tak berhenti pot pet pot pet 24jam,
Kau juga marah aku bila aku tak angkat telefon dan sms tak balas bila kita gaduh,
Kau sangat marah dengan aku bila aku mengadu dengan keluarga aku dan kutuk-kutuk kau, haha
Dan kau sangat marah boleh jadi macam shrek bila aku cubit sekuat hati aku. Maaf. :)

Kau baik dengan aku bila aku sakit terus beli ubat,
Kau baik dengan aku bila aku lapar kau terus beli makanan,
Kau baik dan duduk diam bila aku cakap nak belanja kau cheesy wedges,
Kau baik dan perihatin dengar luahan dan tangisan aku,
Kau juga baik dan sabar dengan karenah aku yang kebudak-budakkan ini.

Maaf, Maaf dan Maaf.
Hanya itu yang aku mampu lafazkan dengan sekadar kemaafan diberi untuk kau.
Aku harap kau dapat maafkan aku dengan segala kelakuan aku.
Hanya senyuman ini yang dapat sejukkan hati kau. :)

Maaf.





With Love, Yana Dayana.



3 comments:

Anonymous said...

cantik nyer gambr niiiiiii!!!
like sgat!! :)

lynda said...

alaaa.sweetnye :P

haniey said...

alahai bestnya :) gbr yana cntik..