Tuesday 18 October 2011

Si gadis nasi lembut.

Aku suka sangat masak nasi lembut atau kata nama lain lembek oleh kerana yang makan semua tak ada gigi aku buat la nasi sebegitu rupa lembeknya. hihi. Aku memang susah nak agak takat air dalam beras tak tahu la apa yang salah sukatannya. Mak selalu pesan ' diana lain kali jangan masak nasi lembek ye, ayah awak tak makan pun nasi lembek sangat nie '. Alahai mak aku pun pesan macam tu apa lagi suami aku nanti kan. Kawan sejati aku je yang sanggup makan nasi lembek aku ni dah lapar semua tak fikir dah. Walaupun dia banyak bunyi pasal nasi lembek aku dia tetap habiskan siap tambah tahu.Sayang kau yonet ! 


Aku pernah masak nasi lembek berlaukkan tomyam dan aku sengaja letak banyak ayam sebab sayang aku seorang lagi nie suka sangat tomyam banyak ayam lagi-lagi isi. Aku dan dia memang suka isi ayam kekadang makan sampai muak, tapi dia makan ya Allah sangat bersih ayam tu ok aku kalah bab tu. Walaupun suka sangat berebut ayam dengan aku tapi aku rela untuk perut dia juga. Aku kan dah janji nak jaga perut kau sehabis baik itu janji aku. :)


Terima kasih sudi makan nasi lembek aku. :)



Sang setia yang terima aku seadanya walaupun masak nasi lembek. :)




With Love, Yana Dayana




4 comments:

lynda said...

sayang punya pasal,nasik lembik pon telan je lah :))

Yana Dayana said...

haha kan kan nasib badan hehe :)

Anonymous said...

haha pasni masakkan ain nasi lembek eh sbb ain sukee nasi lembek..hehe

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik