Friday, 2 December 2011

Sangat manis.

Kau sangat janggal dengan perkataan , tapi kau laksanakan dengan perbuatan.
Kekadang laki ego nak cakap yang dia sayang dekat kita.
Tapi, aku nampak sayang kau melalui setiap gerak geri kau.
Aku sangat tak kisah kau tak ucap 'sayang' cukup dengan cara kau layan karenah aku.
Pelik , ye aku memang pelik walaupun kekasih tu tak cakap sayang dengan aku kan.
Kalau selalu nak bersayang sangat , aku naik geli pun ada jiwang sangat nie.

Semalam 1/12/2011 aku kena balik Kuala Lumpur untuk mula kerja di sebuah syarikat.
Sebelum pulang kau sempat buat kerepek sukun untuk aku kan , sedap ! :)
Kau juga beli ubat untuk aku ubat batuk, demam, sakit perut dan minyak cap kapak. Perihatin ! :)

30/11/2011

Kau : Aku nak jumpa kau sebelum kau balik tahu ?
Aku : Kau nak jumpa aku ? buat apa ? nak bagi apa ? istimewa tak ?
Kau : Tak la istimewa sangat pun , cukup untuk kau seorang je nie.
Aku : Apa-apa ? nak yang istimewa kalau tak , aku tak nak jumpa. Demand kan aku ! :)
Kau : Kau memang semua nak demand je , jumpa esok ye . bye :)
Aku : Ok bos ! :)

01/12/2011

Kau : Amik nie untuk kau.
Aku : Apa nie apa ? woah ! kerepek ke ? siapa buat , siapa ? kau buat ke ?
Kau : Ye, aku buat la minah kepoh ! kau nie senyap berapa saat boleh tak. haha. :)
Aku : Baiknya !! terharu boleh , sampai nak terkentut nie cner ?
Kau : Arrrgghhh ! kau memang suka kentut la. hehe. :)
Aku : Terima kasih tau buat kan kerepek sukun nie.
Kau : Sama-sama :) Kau makan sampai kau debab badan ye. :)
Aku : Suka hati kau nak kutuk aku sekarang kan.

Aku : Apa lagi tu ? apa apa ? nak tahu ? haha
Kau : Ni ubat untuk kau, kau kan susah nak keluar dekat Kuala Lumpur sana aku siap-siap awal untuk kau.
Aku : Woah ! terharu lagi la....terima kasih banyak lagi jugak. Kau jaga aku betul betul kan :)
Kau : Yela , kau je yang tak tahu. 
Aku : Ye, aku tahu :) 

Nampak tak sangat perihatin kau dekat aku. Terima Kasih lagi :) 
 
Walaupun kau tak cakap mengenai isi hati kau , perbuatan kau sudah cukup untuk aku memahaminya.




Terima Kasih awak ! 
Saya cukup terharu. 
.Sekian.





2 comments:

AmALiNa aFIqAh said...

siyes romantik gle. bf awak mmg prihatin. untungggg awak !! :)

aliehs aneerahs said...

dia kne la jge.. yana kuat nangis.. ;p

sweet hu3